Privacy Policy

NOTIS DATA PERIBADI

Selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai “APDP”), kami dengan ini mengedarkan notis ini untuk memaklumkan dan menerangkan bagaimana Empower Hub mengumpul, menggunakan, menyimpan, dan mendedahkan data peribadi anda berhubung dengan urusniaga komersial. Notis data peribadi ini adalah terpakai terhadap mana-mana pihak yang data peribadinya diproses oleh Empower Hub.

“Empower Hub” atau “kami”dalam notis ini merangkumi Empower Hub Sdn Bhd, termasuk syarikat induk dan syarikat-syarikat berkaitan Empower Hub Sdn Bhd.

 

A) SIFAT DATA PERIBADI

Data peribadi anda yang diproses oleh kami termasuk nama, maklumat perhubungan, alamat e-mel, jawatan dan nama syarikat, umur, jantina, tarikh lahir, nombor kad pengenalan/pasport, bangsa, agama,kewarganegaraan, maklumat tentang apa-apa pelanggaran atau tuduhan di bawah mana-mana undang-undang, perkhidmatan yang berkaitan yang diberikan kepada anda dan apa-apa data peribadi lain yang dibekalkan oleh anda untuk tujuan yang dinyatakan di bawah.

 

B) TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI OLEH EMPOWER HUB

Tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan, kami bakal menggunakan data peribadi anda untuk tujuan berikut(secara keseluruhan“Tujuan”):

  1. Perhubungan dan berkomunikasi dengan anda;
  2. Pelaksanaan mana-mana perjanjian atau obligasi kontrak;
  3. Tujuan pentadbiran dalaman;
  4. Untuk penyimpanan rekod dalaman kami;
  5. Bagi Empower Hub mematuhi obligasinya di bawah undang-undang, termasuk mematuhi keperluan undang-undang atau kerajaan;
  6. Langkah-langkah keselamatan dan pencegahan jenayah, penipuan atau transaksi yang tidak dibenarkan;
  7. Untuk membolehkan kami melaksanakan semua tugas dan obligasi dengan rakan-rakan kongsi yang berlesen di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, Akta Perindustrian Sekuriti(Depository Pusat) 1991, peraturan-peraturan Bursa Malaysia Sdn Bhd atau mana-mana undang-undang bertulis;
  8. Untuk mengesahkan  kedudukan kewangan anda menerusi semakan rujukan kredit;
  9. Untuk menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian;
  10. Untuk memberikan maklumat berkenaan produk-produk dan perkhidmatan kami kepada orang yang kami percayai akan berminat dengan produk-produk dan perkhidmatan tersebut;
  11. Untuk penyelidikan dan penambahbaikan produk-produk dan perkhidmatan;
  12. Bagi peluang pekerjaan sekiranya anda telah memberikan maklumat untuk tujuan itu; dan
  13. Untuk apa-apa tujuan lain yang berkaitan dengan produk dan perkhidmantan yang disediakan oleh Empower Hub.

 

C) PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA

  1. Tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan, data peribadi anda mungkin didedahkan kepada:
    1. Syarikat-syarikat berkaitan dan/atau bersekutu kami;
    2. Pihak yang pendedahan diperuntukkan di bawah undang-undang atau yang dikehendaki oleh pihak berkuasa;
    3. Pemberi perkhidmatan teknologi maklumat (IT);
    4. Penyedia kemudahan penyimpanan;
    5. Juruaudit, peguam, firma-firma atau entiti-entiti professional;
    6. Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa penyeliaan, kerajaan atau pihak berkuasa lain yang berkaitan;
    7. Agensi rujukan kredit apabila anda memohon mana-mana produk dengan rakan-rakan kongsi perniagaan yang berlesen berasaskan credits seperti kemudahan margin, akaun cagaran dan sekiranya ada.
    8. Penganjur acara bersama, rakan-rakan kongsi perniagaan dan pemberi khidmat kami;
    9. Syarikat Pengurusan Unit Amanah atau  Dana;
    10. Pihak yang diberi kebenaran oleh anda; dan
    11. mana-mana pihak lain yang dianggap sesuai oleh Empower Hub.
  2. Data peribadi anda mungkin akan dihantar atau didedahkan ke lokasi-lokasi di luar Malaysia, dan dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan pemindahan tersebut yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta dan untuk pelaksanaan apa-apa obligasi kontrak anda dengan Empower Hub, termasuk untuk tujuan penyimpanan.

 

D) SEKURITI

Keselamatan data peribadi anda merupakan keutamaan kami. Kami berusaha, jika dapat dilaksanakan, untuk melaksanakan dasar dan prosedur yang sesuai selaras dengan undang-undang dan peraturan untuk melindungi data peribadi anda daripada pemprosesan yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang.

 

D) INTEGRITI DATA

Ketepatan dan kesempurnaan Data Peribadi anda adalah bergantung kepada maklumat yang diberikan. Kami akan menganggap bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat, terkini dan lengkap melainkan dimaklumkan sebaliknya.

 

F) AKSES DAN PEMBETULAN DATA PERIBADI AND

  1. Anda boleh mengakses dan meminta untuk pembetulan data peribadi anda di mana anda telah diberikan kepada Empower Hub dan dalam hal ini, anda boleh:-
    1. memeriksa jika kita memegang atau menggunakan data peribadi anda dan minta akses kepada data peribadi anda;
    2. permintaan untuk pembetulan data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini;
    3. meminta Empower Hub untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda, termasuk menghadkan data peribadi orang yang boleh dikenalpasti daripada data peribadi anda;
    4. memaklumkan Empower Hub bahawa anda ingin menarik balik (sepenuhnya atau sebahagian) kebenaran anda yang telah diberikan kepada Empower Hub sebelum ini, tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.
  2. Dimaklumkan bahawa kami mungkin akan mengenakan yuran yang rendah bergantung pada maklumat yang diminta. Kami juga mungkin mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda.
  3. Sila hubungi kami melalui pos, telefon, faks atau e-mel seperti yang diberikan di bawah sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda.

Perjawatan orang yang boleh dihubungi

Pengurus Pentadbiran

Alamat Pos

BO1-A-13A, Level 13A, Menara 2 No.3, Jalan Bangsar, Kampung Haji Abdullah Hukum, 59200 Kuala Lumpur

No. Telefon

(603)2210 2100

Alamat E-mel

[email protected]

 

G) KEGAGALAN MEMBERIKAN DATA PERIBADI ANDA

Sekiranya tidak dinyatakan sebaliknya oleh kami pada masa pengumpulan data peribadi, adalah wajib bahawa anda membekalkan kami dengan data peribadi yang diminta oleh kami.Sekiranya anda gagal untuk membekalkan data peribadi yang dinyatakan di atas, kami mungkin tidak dapat memproses data peribadi anda bagi mana-mana Tujuan yang dinyatakan di atas dan anda mungkin melanggar syarat-syarat bagi peraturan-peraturan yang berkaitan.

Dengan membekalkan data peribadi anda kepada kami, anda dengan ini, membenarkan pemprosesan data peribadi anda selaras dengan segala yang dinyatakan di atas.

 

H) BAHASA

Mengikut Seksyen 7(3) APDP, Notis ini dikeluarkan dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan, versi Bahasa Inggeris Notis ini akan diguna pakai.

 

I) PERUBAHAN NOTICE

Empower Hub berhak mengubah Notis ini dari semasa ke semasa tanpa pemberitahuan sebelumnya. Empower Hub menasihatkan agar anda menyemak Notis ini secara berkala di laman web Empower Hub  https://www.em2.asia.